Program Menyantuni Kakitangan Bertugas dan Pesakit Tibi bersama Pengurusan Tertinggi HoSHAS pada pagi 1 Syawal 1447H.

  • Jabatan / Unit
    Pengurusan Tertinggi HoSHAS
  • Tarikh
    21 Mac 2026
  • Hingga
    21 Mac 2026
  • Lokasi
    Wad

𝟭 𝗦𝘆𝗮𝘄𝗮𝗹 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 | 𝟮𝟭 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟲
Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Dr. Mazlina binti Mohtar, Timbalan Pengarah Perubatan II, mewakili Pengurusan Tertinggi HoSHAS telah hadir menyantuni 447 kakitangan yang bertugas pada pagi 1 Syawal di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS).

Dalam suasana mesra dan penuh keprihatinan, beliau beramah mesra bersama warga kerja yang terus komited memberikan perkhidmatan kepada masyarakat walaupun di hari perayaan. Kehadiran beliau mencerminkan penghargaan Pengurusan Tertinggi HoSHAS terhadap pengorbanan serta dedikasi kakitangan dalam memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Beliau turut meluangkan masa menyantuni pesakit 𝘛𝘶𝘣𝘦𝘳𝘤𝘶𝘭𝘰𝘴𝘪𝘴 (Tibi) sebagai tanda sokongan moral serta menceriakan suasana Aidilfitri mereka. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan hamper raya dan duit raya daripada Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia (MAPTB) Negeri Pahang kepada pesakit Tibi.

Selain itu, satu sumbangan khas turut diberikan kepada seorang kakitangan HoSHAS yang telah enam bulan bercuti kerana menjaga anaknya yang menerima rawatan di Wad Paediatrik Melur 1. Sumbangan ini mencerminkan keprihatinan serta sokongan berterusan pihak Pengurusan Tertinggi HoSHAS terhadap kebajikan wargakerjanya.



  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Program Menyantuni Kakitangan Bertugas dan Pesakit Tibi bersama Pengurusan Tertinggi HoSHAS pada pagi 1 Syawal 1447H.
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/04/2026 Jumlah Pelawat : 19015