Program Treasure Hunt Anjuran Jawatankuasa KOSPEN WOW HOSHAS Bertemakan "Sihat Sambil Menyiasat"

  • Jabatan / Unit
    Jawatankuasa KOSPEN WOW HoSHAS
  • Tarikh
    14 Ogos 2025
  • Hingga
    14 Ogos 2025
  • Lokasi
    Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

Program Treasure Hunt Anjuran Jawatankuasa KOSPEN WOW HOSHAS Bertemakan "Sihat Sambil Menyiasat"

Pada 14 Ogos 2025, Jawatankuasa KOSPEN WOW HoSHAS telah julung kali menganjurkan Program Treasure Hunt yang bertemakan "Sihat Sambil Menyiasat". Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kakitangan tentang 8 Skop KOSPEN WOW secara interaktif. Selain itu, program ini dapat menggalakkan gaya hidup sihat melalui pendekatan aktiviti fizikal dan pembelajaran berasaskan permainan di samping mengukuhkan semangat kerjasama dan komunikasi dalam kalangan kakitangan hospital.

Program ini telah dimulakan dengan ucapan perasmian dan pelepasan peserta yang dilaksanakan oleh Dr Mazlina Binti Mohtar selaku Timbalan Pengarah (Perubatan) II, HoSHAS merangkap Pengerusi Jawatankuasa KOSPEN WOW HoSHAS.

Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada 8 kumpulan telah menyertai program ini. Penyertaan peserta melibatkan beberapa jabatan atau unit iaitu Pengurusan, Penyeliaan Kejururawatan, Pediatrik, Perubatan Am dan Radiologi.Terdapat 8 checkpoint yang disediakan mengikut 8 Skop di dalam Program KOSPEN WOW iaitu Saringan Kesihatan, Amalan Pemakanan Sihat, Amalan Tidak Merokok, Hidup Yang Aktif, Pengurusan Berat Badan, Minda Sihat, Persekitaran Tempat Kerja Sihat dan Pencegahan dan Pengurangan Kemudaratan Alkohol yang perlu dituju oleh para peserta.

Setiap checkpoint ini mempunyai cabaran atau aktiviti masing-masing yang perlu diselesaikan oleh para peserta dalam masa yang ditetapkan. Pada penghujung program, para peserta dikehendaki menghantar laporan kumulatif langkah yang diperolehi sepanjang mengikuti cabaran ini kerana markah tambahan akan diberikan kepada kumpulan yang mempunyai kumulatif langkah yang terbanyak. Ia juga adalah salah satu usaha untuk menggalakkan para kakitangan kesihatan untuk mencapai 10,000 langkah sehari sesuai dengan inisiatif yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan Masyarakat Malaysia mengamalkan hidup sihat dengan berjalan kaki untuk meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya dapat mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol & jantung. Kumpulan yang memenangi program ini akan diumumkan pada Perhimpunan Bulanan Peringkat Hospital yang akan diadakan pada bulan September nanti.

Semoga program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun hadapan dengan penyertaan yang lebih ramai demi memastikan aspek pencegahan penyakit sentiasa diambil berat oleh para Kakitangan HoSHAS demi menjadikan kakitangan yang produktif dalam menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat.


  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Program Treasure Hunt Anjuran Jawatankuasa KOSPEN WOW HOSHAS Bertemakan "Sihat Sambil Menyiasat"
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/04/2026 Jumlah Pelawat : 19235