Sambutan Hari Pramatang dan Kanak-kanak Sedunia 2025 Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh

  • Jabatan / Unit
    Jabatan Pediatrik, Persatuan Pediatrik HOSHAS dengan kerjasama Sekolah Dalam Hospital (SDH), Jabatan Pergigian Pediatrik, dan Jabatan Farmasi HOSHAS
  • Tarikh
    12 November 2025
  • Hingga
    15 November 2025
  • Lokasi
    Perkarangan Jabatan Rehabilitasi dan Lobi Utama, HOSHAS

Sambutan Hari Pramatang dan Kanak-kanak Sedunia 2025 Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh

Buat julung kalinya, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh telah menganjurkan Sambutan Hari Pramatang dan Kanak-kanak Sedunia 2025 bermula 12 hingga 15 November 2025. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Pediatrik HOSHAS dengan kerjasama Sekolah Dalam Hospital (SDH), Jabatan Pergigian Pediatrik, dan Jabatan Farmasi HOSHAS.

Antara pengisian sepanjang program:
- Booth Pameran Kesedaran Kesihatan Kanak-Kanakoleh Sekolah Dalam Hospital
- Booth Kangaroo Mother Care (KMC) oleh pasukan NICU
- Booth Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak oleh Jabatan Pergigian Pediatrik
- Booth Jualan Barangan Pre-Loved

Kemuncak sambutan pada 15 November 2025 dimulakan dengan Larian Fun Run 1.5km & 2.5km, diikuti acara sukaneka, pertandingan mewarna, dan games station.

Majlis dirasmikan oleh Pengarah Hospital, Dr. Hjh. Nor Azlina binti Abdul Aziz, yang turut menjadi juri bagi acara Fashion Show dan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Fashion Show, Graduasi Kanak-Kanak Pramatang, dan cabutan bertuah.

Antara persembahan menarik:
- Pertandingan Fashion Show Kanak-Kanak
- Persembahan Tarian Kebudayaan oleh Pra Sekolah SK Bandar Temerloh (Integrasi)
- Persembahan Band 'Capolele' oleh murid SK Batu Kapor, Mentakab

Booth pameran turut disertai oleh:
- Pharmazania oleh Jabatan Farmasi HOSHAS
- Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Temerloh

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas kejayaan penganjuran program ini.


  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Sambutan Hari Pramatang dan Kanak-kanak Sedunia 2025 Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/04/2026 Jumlah Pelawat : 19022