Bengkel Jaminan Kualiti Siri 2/2025

  • Jabatan / Unit
    Jawatankuasa Quality Assurance (QA) dan Research
  • Tarikh
    07 Oktober 2025
  • Hingga
    08 Oktober 2025
  • Lokasi
    Bilik Seminar Teratai Kiambang

Bengkel Jaminan Kualiti Siri 2/2025 – Hospital Kluster Pahang Tengah

Jawatankuasa Quality Assurance (QA) dan Research telah menganjurkan Bengkel Jaminan Kualiti Siri 2/2025 peringkat Hospital Kluster Pahang Tengah pada 7 - 8 Oktober 2025 bertempat di Bilik Seminar Teratai Kiambang.

Bengkel ini telah disertai oleh seramai 24 orang peserta daripada pelbagai jabatan dan unit iaitu:
Jabatan Anestesiologi
Jabatan Patologi: Unit Mikrobiologi
Jabatan Patologi: Unit Tadbir Urus Spesimen (UTUS)
Jabatan Patologi: Unit Tabung Darah
Jabatan Farmasi
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental
Unit Penyeliaan Kejururawatan
Hospital Bera

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada fasilitator bengkel, Dr Siti Marlina Binti Misran, Puan Noor Mariati binti Othman dan KJ Luqman Chong bin Mohd Abdullah Chong atas perkongsian ilmu dan bimbingan yang diberikan.

Dengan berakhirnya Bengkel Jaminan Kualiti Siri 2/2025 ini, beberapa tajuk projek QA yang berpotensi telah dihasilkan dan akan diteruskan bagi mewakili hospital kelak. Pihak penganjur dan fasilitator juga telah sukacita untuk memberikan penghargaan kepada 3 kumpulan dengan tajuk terbaik iaitu:
Tempat pertama - Jabatan Patologi: Unit Mikrobiologi
Tempat Kedua - Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental
Tempat Ketiga - Jabatan Patologi: Unit Tadbir Urus Spesimen (UTUS)

Semoga para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan di jabatan/unit masing-masing.


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/04/2026 Jumlah Pelawat : 19350