Hari Kedua Bengkel Business Continuity Management System (BCMS)

  • Jabatan / Unit
    Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP)
  • Tarikh
    28 Julai 2026
  • Lokasi
    Auditorium Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.

28 Julai 2026 (Selasa) - Hari kedua Bengkel Business Continuity Management System (BCMS) diteruskan dengan pembentangan dokumen Business Impact Analysis (BIA) oleh kumpulan terpilih sebelum peserta mengikuti ceramah mengenai Risk Assessment and Registry (RAR), Disaster Risk Management in BCM serta panduan penyediaan dokumen RAR oleh Ir. Ts. Hilmi bin Abdullah, Jurutera Mekanikal, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM.

Peserta kemudiannya menjalankan aktiviti berkumpulan bagi menyediakan dokumen RAR dengan bimbingan penceramah dan fasilitator. Bengkel diteruskan dengan pembentangan hasil penyediaan RAR oleh kumpulan terpilih yang memberi ruang kepada sesi perkongsian, penilaian dan cadangan penambahbaikan.

Secara keseluruhannya, hari kedua bengkel berjaya meningkatkan kefahaman peserta dalam pengurusan risiko bencana serta penyediaan dokumen RAR sebagai sebahagian daripada pelaksanaan BCMS yang berkesan.


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara Β© 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 28/08/2026 Jumlah Pelawat : 26955