Kursus Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan

  • Jabatan / Unit
    Pengurusan
  • Tarikh
    05 Oktober 2026
  • Hingga
    06 Oktober 2026
  • Lokasi
    Bilik Seminar Teratai Kiambang, HoSHAS

KURSUS PENULISAN DOKUMEN RASMI KERAJAAN HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH (HoSHAS)

Temerloh, 9 Oktober 2026 - Kursus Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan telah berlangsung pada 5 hingga 6 Oktober 2026 bertempat di Bilik Seminar Teratai Kiambang, HoSHAS, dengan penyertaan seramai 60 orang peserta.

Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Encik Hazlan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Hospital Sultan Haji AHmad Shah. Kursus ini bertujuan untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran warga kerja dalam menghasilkan dokumen rasmi kerajaan yang berkualiti, tepat dan teratur, di samping meningkatkan penguasaan bahasa yang gramatis, jelas dan berkesan.

Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Mohamad Ikhwan Al Syahhid bin Abdullah Tahir, Perunding Latihan, Pusat Pengajian Komunikasi dan Bahasa, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Pengisian kursus memberi penekanan kepada teknik penulisan dan penggunaan bahasa yang betul serta pematuhan format dalam penyediaan surat rasmi, memo dan e-mel, selaras dengan arahan pentadbiran dan pekeliling yang sedang berkuat kuasa.

Diharapkan agar ilmu dan kemahiran yang diperoleh melalui kursus ini dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan dalam pelaksanaan tugas harian bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat, menyeragamkan amalan penulisan dokumen rasmi serta memperkukuh mutu pengurusan dan pentadbiran jabatan.



HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 26/10/2026 Jumlah Pelawat : 324609