Lawatan Kerja YBrs TPkn Perubatan Ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS)

  • Jabatan / Unit
    Pengurusan
  • Tarikh
    18 April 2025
  • Hingga
    18 April 2025
  • Lokasi
    Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

Pada 18 April 2025 Jumaat, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) telah menerima kunjungan rasmi daripada YBrs Dr. Jafanita, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Perubatan) (TPKN), bersama pasukannya dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) yang terdiri daripada Dr. Fadilla Norli Ketua Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan JKNP, Dr. Nadiah Puteri Ketua Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan JKNP, En. Wan Abdul Haris Ketua Jurutera Negeri JKNP dan Ts. Neksyabandi Jurutera Operasi Hospital Negeri (JOHN) Elektrik JKNP.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menilai tahap persediaan HoSHAS untuk menghadapi Penilaian Akreditasi MSQH Edisi ke-6 yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 April 2025 ini. Sesi dimulakan dengan lawatan ke tempat - tempat yang telah menerima teguran dan pendapat sewaktu Mock Survey tempoh hari untuk melihat penambahbaikkan yang telah dilakukan.

Sesi Pagi diakhiri dengan lawatan ke Jabatan Patologi . Sepanjang sesi lawatan, pelbagai pandangan strategik dan cadangan penambahbaikan telah dikongsikan oleh YBrs TPKN dan pasukannya bagi memantapkan persediaan HoSHAS untuk menghadapi Akreditasi ini.

Pada sesi petang, YBrs TPKN turut menyertai Mesyuarat VCM dan PSH peringkat hospital yang dipengerusikan oleh Pengarah Hospital. Banyak isu antara pihak hospital dan konsesi yang dibincangkan. Beliau telah menyampaikan amanat serta cadangan penambahbaikan sebagai panduan dan sokongan kepada pihak hospital dan konsesi.

Kunjungan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen pihak JKNP dalam memantau dan menyokong hospital-hospital di bawah seliaannya , malah turut menyuntik semangat kepada seluruh warga kerja untuk menghadapi Pengauditan Akreditasi ini.

Saya mewakili seluruh wargakerja HoSHAS mengucapkan setinggi penghargaan dan  terima kasih kepada Dr Jafanita & pasukannya yang sanggup meluangkan masa bersama-sama kami sepanjang hari ini untuk berkongsi ilmu dan cadangan penambahbaikkan bagi menghadapi Akreditasi dan peningkatan kualiti perkhidmatan yang melibatkan Kejuruteraan dan syarikat konsesi kami.


  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Lawatan Kerja YBrs TPkn Perubatan Ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS)
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/04/2026 Jumlah Pelawat : 19366