Lawatan Penanda Aras dan Bengkel Asas Penjagaan Spiritual

  • Jabatan / Unit
    Unit Spiritualiti dan Kesihatan
  • Tarikh
    01 April 2026
  • Hingga
    02 April 2026
  • Lokasi
    Hospital Sungai Buloh

Syukur Alhamdulillah..

Satu lagi sejarah tercipta dalam perkembangan Program Hospital Mesra Ibadah di HoSHAS dan Negeri Pahang amnya.

Kesinambungan dari Penubuhan Unit Spiritualiti dan Kesihatan di HoSHAS bermula pada 6 Mac 2026,satu Program Lawatan Penanda Aras dan Bengkel Asas Penjagaan Spiritual telah berjaya dijalankan pada 1 dan 2 April 2026.

Seramai 40 orang peserta termasuk dari JKN Pahang dan wakil AJK HMI seluruh hospital negeri Pahang telah bertandang ke Hospital Sungai Buloh bagi melihat dan belajar berkaitan Pelaksanaan Program Penjagaan Spiritualiti di sana.

Hospital Sungai Buloh ini dipilih disebabkan projek ini dimulakan disana sejak tahun 2020 dan memberikan impak yang besar kepada penjagaan pesakit yg lebih holistik.

Program selama 2 hari ini memberikan impak yg besar kepada semua peserta.Kami diberikan pengisian yang cukup bermakna dan informatif berkaitan penjagaan asas spiritual pesakit oleh Dr Ahmad Fahmy bin Md Sahray, Ketua Unit Spiritualiti dan Kesihatan Hospital Sungai Buloh.

Kami juga dibawa melawat ke wad-wad terpilih dan demo berkaitan saringan spiritual pesakit di wad.MashaAllah indahnya kalau perawatan ini dapat dikembangkan diseluruh fasiliti KKM.

Hari ke 2, kami dikejutkan dengan kehadiran mengejut Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, YangBerbahagia Dr Haji Saiful Azlan bin Haji Sharif ke program kami... Allahu Akbar..lain macam aura PKN baru kami ni.Banyak kata-kata semangat yg diberikan oleh beliau kepada kami.InshaAllah kita akan sama-sama laksanakan amanat beliau.

Kesimpulannya program ini mencapai objektifnya dan memberi sinar dan anjakan baru kepada perkembangan penjagaan pesakit yg lebih holistik di hospital kita dan seluruh fasiliti kesihatan...In shaa Allah...Aamiin...

"SPIRITUALITI DIPERKASA, PENJAGAAN HOLISTIK TERBINA"


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 22/04/2026 Jumlah Pelawat : 62343