KUALA LUMPUR, 26 Januari 2026 – Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) telah mengadakan lawatan teknikal ke The Exchange TRX, Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada inisiatif penanda aras bagi program kelestarian hospital.
Delegasi seramai 30 orang ini diketuai oleh Pengarah Hospital, YBrs. Dr. Hajah Nor Azlina. Rombongan ini disertai oleh gabungan 23 orang kakitangan HoSHAS dan 7 orang kakitangan dari Radicare. Lawatan ini turut diselaraskan oleh Puan Lizawati Binti Zakaria, CEM Radicare selaku urus setia lawatan ini.
Lawatan ini bertujuan untuk meneliti amalan terbaik dalam teknologi bangunan hijau (Green Building) dan pengurusan fasiliti yang mampan.
Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Cik Aini Amira Binti Fadzil, Pegawai Program Kelestarian (Sustainability Program Officer) TRX Exchange bersama pasukan pengurusan TRX Exchange Mall. Antara intipati taklimat termasuklah:
✅ Kerangka Kelestarian (Sustainability Framework) TRX.
✅ Sasaran "Net Zero Carbon" menjelang 2050.
✅ Pengiktirafan GBI Gold dan LEED Gold.
✅ Pengurusan sisa dan tenaga boleh baharu.
Program hari ini jelas membuktikan kerjasama erat antara pihak HoSHAS dan konsesi Radicare Sdn Bhd dalam mencapai matlamat yang sama, iaitu memacu transformasi fasiliti hospital ke arah operasi yang lebih lestari dan mesra alam.
Semoga ilmu dan pendedahan teknologi yang diperolehi hari ini dapat diadaptasi dalam merealisasikan visi HoSHAS ke arah Hospital Hijau yang unggul.
#HoSHAS
#Temerloh
#JKNP
#GreenHospital #Sustainability #TheExchangeTRX #KKM #MyHealth