Mesyuarat Penambahbaikan Pasca MOCK Survey Akreditasi

  • Jabatan / Unit
    Pengurusan
  • Tarikh
    10 Mac 2025
  • Hingga
    10 Mac 2025
  • Lokasi
    Bilik Persidangan Anggerik

Pada 10 Mac 2025, telah berlangsung Mesyuarat Penambahbaikan Pasca Mock Survey Akreditasi bertempat di Bilik Persidangan Anggerik. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr. Jafanita binti Jamaludin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Pahang. Turut hadir Dr. Nurul Nadiah Puteri binti Abdul Rahim Ketua Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan JKN Pahang, bersama-sama Pengarah Hospital, Timbalan-timbalan Pengarah, Ahli-ahli Jawatankuasa Akreditasi serta Penyelaras Service Standard MSQH.

Mesyuarat ini diadakan susulan daripada komen dan cadangan yang diberikan oleh para surveyor semasa Mock Survey Akreditasi MSQH yang telah berlangsung pada 25 hingga 26 November 2024.

Tujuan utama mesyuarat ini adalah bagi menilai status pelaksanaan penambahbaikan yang telah dilakukan oleh penyelaras service standard serta mendapatkan maklum balas daripada pihak hospital dan Jabatan Kesihatan Negeri. Selain itu, perbincangan ini juga bertujuan untuk memastikan keperluan Service Standard MSQH dipenuhi dengan sebaiknya sebelum pelaksanaan survey sebenar yang dijadualkan pada 28 hingga 30 April 2025.

Pelbagai isu serta cadangan penambahbaikan telah dibincangkan dalam mesyuarat ini, dan beberapa penyelesaian telah diketengahkan bagi memperkukuh lagi persediaan menghadapi pensijilan akreditasi. Semua pihak yang terlibat telah menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan tahap pematuhan kepada standard yang ditetapkan terus dipertingkatkan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada para penyelaras yang telah berusaha dengan penuh dedikasi sejak tahun 2023 bagi memastikan segala persiapan berjalan dengan lancar.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga diberikan kepada Dr. Jafanita binti Jamaludin dan Dr. Nurul Nadiah Puteri binti Abdul Rahim atas segala tunjuk ajar, tips, kata-kata nasihat dan semangat yang diberikan kepada semua yang hadir.

Semoga HOSHAS berjaya mencapai kecemerlangan dalam pensijilan MSQH kali ini dan seterusnya memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan demi kesejahteraan pesakit dan masyarakat.


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/04/2026 Jumlah Pelawat : 19369