Mock Audit Pensijilan Hospital Bebas Kesakitan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh

  • Jabatan / Unit
    Pentadbiran
  • Tarikh
    03 Julai 2024
  • Hingga
    03 Julai 2024
  • Lokasi
    Bilik Persidangan Anggerik

3 Julai 20204 (Rabu) Hospital Sultan haji Ahmad Shah Temerloh telah melaksanakan Mock Audit bagi Pensijilan Hospital Bebas Kesakitan.

Antara objektif kepada pesakit pensijilan pain free hospital adalah memberikan pengalaman rawatan pesakit yang terbaik dengan mendedahkan maklumat berkenaan rawatan kesakitan dapat diperolehi kepada semua pesakit.

Selain itu, kepentingan Audit Pensijilan Hospital Bebas Kesakitan bagi pihak hospital adalah untuk memastikan kakitangan memberikan standard rawatan kesakitan yang sama untuk pesakit dari segi penilaian dan pilihan kaedah rawatan kesakitan.

Mock Audit dijalankan bagi mempersiapkan diri dan latihan persediaan untuk menghadapi audit sebenar Pensijilan Hospital Bebas Kesihatan pada 19 dan 21 Ogos 2024

Seramai tujuh orang Auditor Jemputan yang hadir daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah Terengganu diketua oleh Dr Wan Rohaidah binti Wan Ahmad.

Turut hadir semasa pembukaan dan penutupan Mock Audit Pensijilan Hospital Bebas Kesihatan adalah Pengarah Hospital, Dr Hajjah Nur Azlina Binti Abdul Aziz bersama Timbalan-timbalan Pengarah (perubatan), Ketua Jabatan, Jawatankuasa Pain Free Hospital, Unit Kualiti serta Penyelaras setiap jabatan.

Ucapan Tahniah dan terima kasih kepada semua penyelaras2 jabatan dan semua kakitangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses mock audit ini.

Semoga usaha yang dilakukan membolehkan HOSHAS mendapat Pensijilan Hospital Bebas Kesakitan.


  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Mock Audit Pensijilan Hospital Bebas Kesakitan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/04/2026 Jumlah Pelawat : 19994