Program Pahang Radiology Update 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Oktober 2025, menghimpunkan lebih 120 peserta terdiri daripada pakar radiologi, pegawai perubatan, juru X-ray, jururawat dan PPK dari seluruh negeri Pahang.
Penganjuran julung kali diadakan di HOSHAS dan telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Jafanita binti Jamaludin, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Turut hadir Dr. Mubarak Bin Mohd Yusof, Ketua Kepakaran Radiologi Negeri Pahang serta Ketua Jabatan dan Unit Radiologi dari seluruh negeri.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang radiologi selaras dengan kemajuan teknologi pengimejan perubatan, di samping memperkukuh jaringan profesional antara warga radiologi di seluruh Pahang.
Perkongsian turut merangkumi sistem MPIS, penggunaan AI dan teknologi terkini dalam perkhidmatan radiologi, disertai aktiviti interaktif yang menarik.
Tahniah dan terima kasih kepada semua AJK dan peserta atas kerjasama serta komitmen menjayakan program ini. Semoga menjadi pemangkin kecemerlangan perkhidmatan radiologi di negeri Pahang.