Inisiatif Hospital Rakan Bayi adalah merupakan satu inisiatif global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bertujuan memastikan setiap bayi mendapat permulaan kehidupan yang terbaik melalui persekitaran yang menyokong penyusuan susu ibu.
Penilaian semula status Hospital Rakan Bayi telah berlangsung pada 10 - 11 Disember 2024. Seramai 2 orang penilai telah hadir iaitu Dr. Wan Zainab binti Wan Mohd Nor, Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang dan Cik Norfaiezah Ahmad, Pegawai Sains Pemakanan di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.
Semoga Hospital Sultan Haji Ahmad Shah berjaya mendapat Pensijilan Hospital Rakan Bayi.