Perhimpunan Bulanan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Bulan Mei 2026

  • Jabatan / Unit
    Jabatan Farmasi dan Jabatan Dietetik dan Sajian
  • Tarikh
    08 Jun 2026
  • Hingga
    08 Jun 2026

8 Jun 2026 (Isnin) – Perhimpunan Bulanan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) bagi bulan Mei 2026 telah berlangsung dengan jayanya menerusi penganjuran bersama Jabatan Farmasi dan Jabatan Dietetik & Sajian. Perhimpunan kali ini mengangkat tema Hari Pekerja 2026, “Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa”, sebagai fokus utama.

Majlis dimulakan dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Encik Ahmad Basri bin Awang Kechil, diikuti bacaan doa oleh Encik Muhammad Aiman Hadi bin Che Mohd Zan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Dr. Mazlina binti Mohtar, Timbalan Pengarah (Perubatan) I yang menanggung tugas Pengarah HoSHAS.
Dalam ucapan, beliau menyeru seluruh warga kerja HoSHAS agar terus memperkukuhkan budaya kerja cemerlang, mengutamakan keselamatan pesakit, meningkatkan kualiti perkhidmatan serta sentiasa menjunjung nilai integriti dan profesionalisme. Beliau turut menekankan kepentingan semangat kerja berpasukan yang kukuh dalam memastikan setiap amanah dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Sesi Renungan Pagi telah disampaikan oleh Puan Siti Norliani binti Ali, Pegawai Dietetik HoSHAS. Dalam perkongsiannya, beliau menekankan kepentingan kerjasama dalam pasukan, di mana kekuatan yang disatukan mampu menghasilkan hasil kerja yang lebih baik. Beliau turut mengingatkan bahawa sikap saling menghormati merupakan asas penting dalam mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan produktif.
Dalam majlis yang sama, turut berlangsung sesi serah tugas Pengarah HoSHAS daripada Dr. Hjh Nor Azlina binti Abdul Aziz kepada Dr. Mazlina binti Mohtar yang kini menanggung tugas sebagai Pengarah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Majlis tersebut menjadi simbol kesinambungan kepimpinan dan komitmen berterusan dalam memastikan kecemerlangan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.


  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Perhimpunan Bulanan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Bulan Mei 2026
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 07/07/2026 Jumlah Pelawat : 31021