Program ‘JUMBO SALE’ sempena Hari Bersama Jururawat

  • Jabatan / Unit
    Unit Penyeliaan Kejururawatan
  • Tarikh
    19 Januari 2026
  • Hingga
    23 Januari 2026
  • Lokasi
    Lobi HOSHAS

Program ‘JUMBO SALE’ sempena Hari Bersama Jururawat anjuran Kelab Jururawat HoSHAS dengan kerjasama Unit Kejururawatan HoSHAS .

Program ini merupakan satu aktiviti jualan dan pameran yang menghimpunkan pelbagai jenis jualan menarik termasuk makanan, minuman, pakaian serta pelbagai lagi produk. Program ini turut dimeriahkan dengan booth pameran daripada Kelab Jururawat HoSHAS, selain aktiviti teka silang kata yang interaktif, dengan cenderahati disediakan kepada para pengunjung yang menyertai aktiviti serta memberi sokongan kepada Kelab Jururawat HoSHAS.

Program ini berlangsung di Lobi HoSHAS dari 19 hingga 23 Januari 2026, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, dan terbuka kepada semua warga hospital serta pengunjung. Objektif program ini untuk mengukuhkan kemahiran keusahawanan, kepimpinan dan kerja berpasukan dalam kalangan jururawat. Disamping itu juga dapat mengeratkan hubungan antara jururawat, warga hospital dan pengunjung. Secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan imej profesion kejururawatan sebagai satu profesion yang dinamik, berdaya saing dan aktif dalam pembangunan diri serta kebajikan ahli.

Jutaan terima kasih kepada Dr. Hajjah Nor Azlina bt Abdul Aziz, Pengarah HoSHAS dan pengurusan tertinggi HoSHAS memberi kebenaran dan sokongan kepada Kelab Jururawat HoSHAS. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Kelab Jururawat HoSHAS yang telah bertungkus lumus, bekerjasama dan memberi komitmen tinggi dalam menjayakan program ini.


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/04/2026 Jumlah Pelawat : 19827