Pahang Basic Spine Course 2026

  • Jabatan / Unit
    Jabatan Ortopedik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS)
  • Tarikh
    19 May 2026
  • Hingga
    19 May 2026

19 Mei 2026 (Selasa) – Jabatan Ortopedik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) telah menganjurkan Pahang Basic Spine Course 2026 bertempat di Auditorium HoSHAS.

Kursus ini dirasmikan oleh YBrs. Dr. Jafanita binti Jamaluddin, Timbalan Pengarah (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Pahang dan turut dihadiri oleh Dr. Mazlina binti Mohtar, Timbalan Pengarah (Perubatan) I HoSHAS serta seramai 45 peserta yang terdiri daripada Pegawai Perubatan dan Pegawai Perubatan Ortopedik dari hospital-hospital sekitar Pahang serta negeri-negeri berhampiran.

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengurusan kes-kes tulang belakang di samping memberi pendedahan mengenai prinsip asas pembedahan spine, penilaian klinikal serta pendekatan rawatan semasa.

Pelbagai sesi ceramah telah disampaikan oleh pakar-pakar bedah ortopedik spine yang berpengalaman. Selain itu, peserta turut berpeluang mengikuti sesi hands-on pemasangan pedicle screw menggunakan model sawbone bagi memberikan pendedahan praktikal kepada teknik asas instrumentasi tulang belakang yang merupakan antara kemahiran fundamental dalam bidang spine surgery.

Penganjuran kursus ini juga diharapkan dapat menjadi platform pendidikan berterusan dalam memperkasakan latihan, pembangunan profesional serta meningkatkan kompetensi warga kesihatan khususnya dalam bidang ortopedik dan pembedahan tulang belakang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh jawatankuasa penganjur serta semua pihak yang telah menjayakan Pahang Basic Spine Course 2026.



HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :07/07/2026 Total Visitors : 31021