Program sempena Hari Orang Kurang Upaya Sedunia 2025 ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran hampir 100 peserta merangkumi petugas kesihatan HoSHAS dan kluster Pahang Tengah dan Barat, agensi kerajaan, NGO serta komuniti OKU.
Majlis dirasmikan oleh Dr. Mohamad Faqih bin Mohamad Puzi, Ketua Penolong Pengarah Kanan Perubatan, dengan penganjuran bersama Persatuan Spinal Pantai Timur (PSPT) dan Unit Rehabilitasi Hospital Bera.
Program ini memberi fokus kepada:
- Rehabilitasi Berasaskan Komuniti (CBR)
- Sokongan inklusif kepada OKU di peringkat komuniti
- Jalinan kerjasama pelbagai agensi
- Pengiktirafan Tokoh OKU yang berjaya menjalani pemulihan dan kembali mandiri dalam masyarakat
Selain perkongsian ilmu, turut berlangsung pameran kesihatan dan sesi interaksi bersama rakan strategik antaranya JKM, PERKESO, NGO dan komuniti OKU.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada ekosistem komuniti OKU yang lebih mesra, inklusif dan menyokong pemerkasaan OKU di Negeri Pahang.
Terima kasih & tahniah kepada semua AJK dan peserta atas kerjasama serta komitmen yang diberikan.