Sesi Audit Energy Management Gold Standard (EMGS) di bawah ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) 3 Star – Renewal

  • Jabatan / Unit
    Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
  • Tarikh
    21 June 2026
  • Hingga
    22 June 2026

Sesi Audit Energy Management Gold Standard (EMGS) di bawah ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) 3 Star – Renewal telah berlangsung di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) selama dua hari, iaitu pada 21 hingga 22 Jun 2026.
Audit ini diketuai oleh Ts. Dr. Hasbullah Harun dan dibantu oleh Encik Norazam Md. Zain daripada Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation. Penilaian telah dilaksanakan secara fizikal merangkumi tujuh skop utama pengurusan tenaga iaitu Pengurusan, Organisasi, Proses, Informasi, Kewangan, Tanggungjawab Korporat dan Kejayaan.
Program dimulakan dengan sesi pembentangan oleh pihak hospital yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Perubatan II, Dr. Ahmad Syahir bin Sarji berkaitan profil dan maklumat HoSHAS. Seterusnya, pembentangan mengenai analisis penggunaan serta penjimatan tenaga dan aktiviti pengurusan tenaga hospital telah disampaikan oleh Puan Lizawati binti Zakaria selaku Certified Energy Manager (CEM) HoSHAS.
Selepas sesi semakan dokumen, audit diteruskan dengan lawatan tapak ke beberapa lokasi yang terlibat, antaranya Chiller Plant, Bilik Genset, Pejabat Rekod, Wad Bunga Raya dan Unit Kualiti. Selain itu, sesi temu bual bersama kakitangan turut dijalankan bagi menilai tahap pelaksanaan dan kefahaman warga kerja terhadap program pengurusan tenaga di hospital. Auditor juga telah menyemak sudut tenaga di setiap lokasi dan mendapati ia sentiasa dikemas kini dengan baik.
Hasil penilaian sepanjang tempoh audit menunjukkan pencapaian yang amat membanggakan apabila HoSHAS menerima pujian atas kejayaan mencatatkan penjimatan tenaga yang tinggi bagi kategori hospital Major Specialist. Pencapaian ini amat signifikan walaupun sebahagian besar peralatan hospital masih terdiri daripada aset lama yang belum diganti, sekali gus membuktikan keberkesanan amalan pengurusan tenaga serta tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan warga kerja hospital.
Secara keseluruhannya, audit ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya dalam menilai keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan tenaga di HoSHAS. Komitmen berterusan daripada pihak pengurusan dan seluruh warga hospital diharapkan dapat mengekalkan kecemerlangan serta memperkukuhkan amalan pengurusan tenaga yang lestari pada masa hadapan.


  • Home
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Sesi Audit Energy Management Gold Standard (EMGS) di bawah ASEAN Energy Management Scheme (AEMAS) 3 Star – Renewal
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Copyright © 2022 All Rights Reserved Sultan Haji Ahmad Shah Hospital Official Portal. Updates :28/08/2026 Total Visitors : 26993