Pengiktirafan Kompentensi Healthcare Facility Management (HFM) KKM

  • Jabatan / Unit
    Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan
  • Tarikh
    04 Ogos 2026
  • Hingga
    04 Ogos 2026
  • Lokasi
    Dewan Damar Sari 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya

π“π€π‡ππˆπ€π‡! ππ„ππ†πˆπŠπ“πˆπ‘π€π…π€π πŠπŽπŒππ„π“π„ππ’πˆ 𝐇𝐄𝐀𝐋𝐓𝐇𝐂𝐀𝐑𝐄 π…π€π‚πˆπ‹πˆπ“π˜ πŒπ€ππ€π†π„πŒπ„ππ“ (π‡π…πŒ) 𝐊𝐊𝐌
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ketua Unit Kejuruteraan dari Hoshas, iaitu En Zed Ezriq bin Hadzri atas kejayaan menerima Sijil Pengiktirafan Kompetensi Healthcare Facility Management (HFM)!

Pengiktirafan ini telah dianugerahkan bersempena dengan Majlis Pengiktirafan Kompetensi HFM dan Peluncuran Healthcare Engineering Services Competency Standard – Healthcare Facility Management (HESCS-HFM) yang telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Ogos 2026 bertempat di Dewan Damar Sari 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Majlis yang bersejarah ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Apa itu HESCS-HFM?
Standard kompetensi ini telah dibangunkan oleh Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj) KKM melalui Centre for Healthcare Engineering Brilliance, Research and Innovation (BRaIn). Ia bertujuan untuk:
βœ… Menyediakan laluan pengiktirafan profesional kepada jurutera dan penolong jurutera KKM.
βœ… Meningkatkan tahap kompetensi serta memastikan pematuhan kepada piawaian dan amalan terbaik.
βœ… Memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan kejuruteraan penjagaan kesihatan dalam bidang pengurusan fasiliti di KKM.

Bagi sesi ini, seramai lebih kurang 130 orang jurutera dan penolong jurutera dari seluruh negara telah menerima pengiktirafan kompetensi ini.

Pihak HoSHAS amat berbangga dengan pencapaian ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua warga kerja untuk terus memberikan perkhidmatan kejuruteraan kesihatan yang cemerlang dan selamat demi pesakit dan komuniti kita.

Syabas dan tahniah!



HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara Β© 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 28/08/2026 Jumlah Pelawat : 26956