Audit Penilaian Semula Status Hospital Rakan Bayi

  • Jabatan / Unit
    Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
  • Tarikh
    26 Ogos 2024
  • Hingga
    28 Ogos 2024
  • Lokasi
    Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus mempromosi dan menyokong penyusuan susu ibu.

Antara usaha yang dilaksanakan KKM sejak 1993 ialah pengiktirafan Hospital Rakan Bayi kepada hospital awam dan swasta yang mesra penyusuan ibu.

Inisiatif Hospital Rakan Bayi adalah merupakan satu inisiatif global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bertujuan memastikan setiap bayi mendapat permulaan kehidupan yang terbaik melalui persekitaran yang menyokong penyusuan susu ibu.

Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI) telah dilancarkan pada tahun 1991. Sehingga kini lebih daripada 20,000 hospital di seluruh dunia telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi.

Malaysia telah melaksanakan inisiatif ini sejak 1993 dan pada 1998, Malaysia telah diiktiraf oleh WHO sebagai negara ketiga di dunia mempunyai 100% hospital kerajaan yang diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi.


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/04/2026 Jumlah Pelawat : 19481