Lawatan Kerja bagi Meninjau Pelaksanaan Perkhidmatan Pediatrik

  • Jabatan / Unit
  • Tarikh
    25 Ogos 2025
  • Hingga
    25 Ogos 2025
  • Lokasi
    Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

Lawatan Kerja Ketua Kepakaran Pediatrik Kementerian Kesihatan Malaysia Bersama Wakil Bahagian Perkembangan Perubatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS)

Pada 25 Ogos 2025 (Isnin) jam 2.30 petang, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh telah menerima kunjungan rasmi daripada Ketua Kepakaran Pediatrik Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr.Sabeera Begum Binti Kader Ibrahim, dalam rangka lawatan kerja bagi meninjau pelaksanaan perkhidmatan pediatrik di hospital ini.

Lawatan ini turut disertai oleh wakil Bahagian Perkembangan Perubatan,Dr Murnilina Binti Abdul Malik,Dr Sangeeta Subramaniam,
Dr Siti Munirah Binti Mustafa, Puan Siti Rahmah Binti Abdul Rashid, Dr Jafanita Binti Jamaluddin Timbalan Pengarah (Perubatan) Kesihatan Negeri Pahang, Dr Azhar Bin Mahmud Ketua Kepakaran Pediatrik Negeri Pahang, Dr Nor Azlina Binti Abdul Aziz Pengarah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah serta Dr Shahid Bin Hadzir Ketua Jabatan Pediatrik HOSHAS dan warga kerja hospital.

Antara agenda utama lawatan termasuklah perbincangan bersama pasukan klinikal, lawatan fizikal ke wad-wad, Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dan lawatan ke tapak PICU yang telah diberi kelulusan.

Fokus utama lawatan ini adalah untuk menilai keperluan semasa, mengenal pasti cabaran di lapangan, serta mencadangkan penambahbaikan dari sudut sumber manusia, fasiliti dan mutu penjagaan pesakit pediatrik di hospital ini.

Pihak hospital merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas lawatan dan tunjuk ajar yang diberikan, di samping komitmen KKM dalam memperkasakan perkhidmatan pediatrik demi kesejahteraan kanak-kanak di negeri Pahang amnya, dan Zon Timur khususnya.


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/04/2026 Jumlah Pelawat : 19235