Penaksiran Risiko Bising / Noise Risk Assessment (Nra) 2026

  • Jabatan / Unit
    Syarikat Nisasafety Consultancy di bawah pemantauan Unit Kesihatan Awam, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
  • Tarikh
    25 Februari 2026
  • Hingga
    25 Februari 2026
  • Lokasi
    HOSHAS

Pada 25 Februari 2026 (Rabu), satu penaksiran risiko bising telah dijalankan di beberapa lokaliti yang dikenalpasti mempunyai hazard pekerjaan iaitu bunyi bising sama ada melalui alat yang digunakan oleh pekerja atau mesin/jentera yang berada di tempat kerja.
Antara lokaliti yang diperiksa adalah :

1. Klinik Pakar Pergigian
2. Klinik Pakar Ortopedik
3. Unit Perubatan Forensik
4. Unit CSSD
5. Chiller Plant
6. Jabatan Kecemasan & Trauma
7. Jabatan Dietetik & Sajian
8. Makmal Jabatan Patologi & Tabung Darah
9. Bilik Operator
10. Jabatan Farmasi

Sesi penaksiran ini dijalankan oleh Syarikat Nisasafety Consultancy di bawah pemantauan Unit Kesihatan Awam, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan HoSHAS.

Penaksiran risiko bising ini dijalankan bagi memenuhi keperluan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Selain itu, ia juga bertujuan bagi memenuhi syor atau cadangan pihak surveyor di dalam penilaian akreditasi MSQH Edisi ke-6 yang telah diadakan pada bulan April 2025.

Semoga proses penaksiran ini dapat memastikan risiko bunyi bising di tempat kerja dapat dikawal bagi melahirkan pekerja yang selamat dan sihat untuk menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat.

#pekerjasihatrakyatselamat


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/04/2026 Jumlah Pelawat : 19234