Perhimpunan Bulanan Januari 2026

  • Jabatan / Unit
    Bahagian Pengurusan, Jabatan Rekod Perubatan dan Jabatan Kerja Sosial Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS)
  • Tarikh
    16 Januari 2026
  • Hingga
    16 Januari 2026
  • Lokasi
    Auditorium

16 Januari 2026 (Jumaat) : Perhimpunan Bulanan Anjuran Bahagian Pengurusan, Jabatan Rekod Perubatan dan Jabatan Kerja Sosial Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS)

Perhimpunan telah berlangsung dengan penuh semangat, selari dengan tema yang diangkat iaitu โ€œLangkah Baharu, Semangat Baharuโ€.

Majlis dimulakan dengan ucapan Dr. Hjh Nor Azlina Binti Abdul Aziz Pengarah Hospital, yang telah menyampaikan perkongsian menyeluruh berkaitan perjalanan dan pencapaian jabatan-jabatan sepanjang tahun 2025. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan atas komitmen dan dedikasi seluruh warga hospital serta menyeru agar semangat kerja berpasukan dan profesionalisme terus diperkukuhkan.

Amanat yang disampaikan dengan penuh bersemangat ini menjadi suntikan motivasi kepada semua kakitangan untuk melangkah ke fasa seterusnya dengan azam dan iltizam yang baharu.

Majlis diteruskan dengan tayangan montaj Bahagian Pengurusan, yang memaparkan peranan, sumbangan serta pencapaian bahagian tersebut dalam memastikan kelancaran tadbir urus hospital. Turut ditayangkan ialah montaj Ahli Lembaga Pelawat Hospital sesi 2025-2027 .

Bagi menyuntik elemen interaktif dan santai, majlis diteruskan dengan program Kahoot yang dikendalikan oleh Penolong Pengarah Pengurusan II, Puan Nurhedayah Binti Che Omar. Aktiviti ini memberi ruang kepada kakitangan untuk berfikir secara kreatif dan kritis berkaitan pengurusan hospital, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana yang menyeronokkan.

Kemuncak majlis ialah penyampaian Anugerah Penghargaan Pelanggan, khusus kepada wad-wad yang telah menerima penghargaan tertinggi berdasarkan maklum balas pelanggan. Anugerah ini telah dimenangi oleh Wad Bunga Raya 1A, Wad Kenanga 14, ICU 1 Kenanga 10 dan CCU. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen tinggi warga wad dalam memberikan perkhidmatan berkualiti, berhemah dan berfokuskan pelanggan.

Secara keseluruhannya, Perhimpunan Bulanan ini bukan sahaja menjadi platform penyampaian maklumat dan penghargaan, malah berfungsi sebagai pemangkin kepada langkah baharu dengan semangat yang lebih segar, demi memperkukuh budaya kerja cemerlang dan penyampaian perkhidmatan terbaik di HOSHAS.


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara ยฉ 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/04/2026 Jumlah Pelawat : 19237