SESI DIALOG TERBUKA JABATAN ORTOPEDIK BERSAMA PENGARAH HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH, TEMERLOH
23 Januari 2026 (Jumaat) :
Satu sesi dialog terbuka Jabatan Ortopedik bersama Pengarah Hospital telah diadakan bertempat di Bilik Persidangan Anggerik, HOSHAS. Sesi ini bertujuan memberi ruang kepada kakitangan untuk menyuarakan pandangan, cadangan penambahbaikan serta isu-isu berkaitan persekitaran kerja secara terus kepada pihak pengurusan hospital.
Sesi ini telah dihadiri oleh seramai 33 orang kakitangan daripada pelbagai jawatan, merangkumi pakar perubatan, pegawai perubatan, pegawai perubatan siswazah, penolong pegawai perubatan, penyelia jururawat, ketua jururawat, jururawat serta pembantu perawatan kesihatan.
Turut hadir dalam sesi ini ialah Dr. Mazlina Binti Mohtar, Timbalan Pengarah Perubatan dan Puan Nurhedayah Binti Che Omar, Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan) II.
Diharapkan sesi dialog terbuka ini dapat menjadi platform berkesan untuk semua kakitangan menyuarakan pendapat dan pandangan, serta akan diteruskan bersama jabatan-jabatan lain pada masa akan datang.