Sesi Dialog Terbuka Jabatan Ortopedik Bersama Pengarah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

  • Jabatan / Unit
    Pengurusan & Ortopedik
  • Tarikh
    23 Januari 2026
  • Hingga
    23 Januari 2026
  • Lokasi
    Bilik Persidangan Anggerik

SESI DIALOG TERBUKA JABATAN ORTOPEDIK BERSAMA PENGARAH HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH, TEMERLOH

23 Januari 2026 (Jumaat) :
Satu sesi dialog terbuka Jabatan Ortopedik bersama Pengarah Hospital telah diadakan bertempat di Bilik Persidangan Anggerik, HOSHAS. Sesi ini bertujuan memberi ruang kepada kakitangan untuk menyuarakan pandangan, cadangan penambahbaikan serta isu-isu berkaitan persekitaran kerja secara terus kepada pihak pengurusan hospital.

Sesi ini telah dihadiri oleh seramai 33 orang kakitangan daripada pelbagai jawatan, merangkumi pakar perubatan, pegawai perubatan, pegawai perubatan siswazah, penolong pegawai perubatan, penyelia jururawat, ketua jururawat, jururawat serta pembantu perawatan kesihatan.

Turut hadir dalam sesi ini ialah Dr. Mazlina Binti Mohtar, Timbalan Pengarah Perubatan dan Puan Nurhedayah Binti Che Omar, Penolong Pengarah Kanan (Pengurusan) II.

Diharapkan sesi dialog terbuka ini dapat menjadi platform berkesan untuk semua kakitangan menyuarakan pendapat dan pandangan, serta akan diteruskan bersama jabatan-jabatan lain pada masa akan datang.


  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Sesi Dialog Terbuka Jabatan Ortopedik Bersama Pengarah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/04/2026 Jumlah Pelawat : 19234