MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGIKTIRAFAN SEBAGAI KAFETERIA SIHAT DAN SIJIL PENARAFAN KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN “A” SANGAT BERSIH OLEH PENGARAH HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH (HOSHAS) TEMERLOH
TEMERLOH – 22 Januari 2026 (Khamis) : Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh terus mencatat pencapaian membanggakan apabila menerima Sijil Pengiktirafan Kafeteria Sihat serta Sijil Penarafan Kebersihan Premis Makanan “A” iaitu Sangat Bersih.
Pengarah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah turut merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan hospital serta pengusaha kafeteria atas komitmen dan kerjasama yang berterusan dalam memastikan penyediaan makanan yang bersih, selamat dan menepati garis panduan pemakanan sihat.
Menurut beliau, pencapaian tersebut mencerminkan tahap pematuhan yang tinggi terhadap aspek kebersihan premis makanan serta amalan pengendalian makanan yang berkualiti, sekaligus menyokong persekitaran hospital yang selamat dan kondusif.
Selain itu, Pengarah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah turut menyampaikan Sijil Pengiktirafan Kafeteria Sihat dan Sijil Penarafan Kebersihan Premis Makanan “A” Sangat Bersih kepada pengusaha kafeteria, Tulip Kencana Sdn. Bhd.
Puan Pengarah juga berkesempatan utk menggantungkan sijil-sijil & plag tersebut di dinding Kafeteria untuk dipamirkan kepada pengunjung-pengujung kafeteria.
Pihak hospital merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengusaha kafetaria dan berharap agar pengusaha kafetaria dapat mengekalkan standard kebersihan yang cemerlang serta memperkukuh amalan pemakanan sihat demi kesejahteraan pesakit, pelawat dan seluruh warga kerja hospital.