Lawatan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang ke Wad Kenanga 8 Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh

  • Jabatan / Unit
    Pengurusan HoSHAS
  • Tarikh
    20 Disember 2025
  • Hingga
    20 Disember 2025
  • Lokasi
    Wad Kenanga 8

LAWATAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI PAHANG KE WAD KENANGA 8 HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH (HOSHAS), TEMERLOH

20 Disember 2025 (Sabtu)– Satu lawatan telah diadakan oleh YBrs. Dr. Saiful Azlan bin Haji Sharif, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang ke Wad Kenanga 8, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.

Lawatan ini bertujuan menzahirkan keprihatinan pihak pengurusan tertinggi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang terhadap kebajikan kakitangan serta ahli keluarga yang sedang menerima rawatan di hospital.

Dalam lawatan tersebut, YBrs. Dr. Saiful Azlan telah meluangkan masa menziarahi pesakit dan menyampaikan kata-kata semangat serta sokongan moral kepada yang terlibat.

Penerangan tentang keadaan semasa pesakit dan pelan perancangan perawatan pesakit diberikan oleh pakar-pakar yang terlibat kepada Ybrs. Dr.

Turut hadir mengiringi beliau ialah Pengarah Hospital, Dr. Hjh. Nor Azlina binti Abdul Aziz,Pakar Pembedahan,Pakar Ortopedik dan Penyelia Jururawat atas panggilan.

Lawatan ini mencerminkan nilai empati, keprihatinan dan semangat kemanusiaan dalam perkhidmatan kesihatan, di samping mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan negeri dengan kakitangan hospital.


  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Lawatan Pengarah Kesihatan Negeri Pahang ke Wad Kenanga 8 Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/04/2026 Jumlah Pelawat : 19022