Kursus Umum Ibadah Pesakit Hospital Mesra Ibadah (HMI) Peringkat Hospital Kluster Pahang

  • Jabatan / Unit
    Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) HoSHAS
  • Tarikh
    09 Julai 2026
  • Lokasi
    Bilik Seminar Teratai Kiambang

9 Julai 2026 (Khamis) – Dalam usaha memperkukuh pelaksanaan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI), Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) telah menganjurkan Kursus Umum Ibadah Pesakit Hospital Mesra Ibadah (HMI) Peringkat Hospital Kluster Pahang Tengah di Bilik Seminar Teratai Kiambang.

Majlis telah dirasmikan oleh Dr. Mazlina Binti Mohtar, Timbalan Pengarah Perubatan I HoSHAS. Turut hadir Dr. Ahmad Syahir Bin Sarji, Timbalan Pengarah Perubatan II HoSHAS.
Kursus yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) HoSHAS ini telah menghimpunkan hampir 60 orang peserta yang terdiri daripada warga HoSHAS serta wakil-wakil hospital Kluster Pahang Tengah daripada pelbagai kategori perjawatan.

Sepanjang kursus, para peserta telah mengikuti sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Wan Mohd Nasrullah bin Wan Mohd Zawawi (Timbalan Qadhi Daerah Maran), Ustaz Ku Mohd Fikriddin bin Ku Yakub (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam HoSHAS) dan Puan Siti Nur Hamizah Binti Sazali (Pegawai Kaunselor HoSHAS).

Antara topik yang dibentangkan ialah Komunikasi Berkesan, Pengenalan Bersuci, Berwuduk dan Tayamum Ketika Sakit, Cara Solat Ketika Sakit serta Masalah Wanita dan Solat.
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman warga kesihatan dalam membantu pesakit melaksanakan ibadah mengikut kemampuan masing-masing, sekali gus memperkukuh pelaksanaan konsep Hospital Mesra Ibadah di fasiliti kesihatan.



  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Kursus Umum Ibadah Pesakit Hospital Mesra Ibadah (HMI) Peringkat Hospital Kluster Pahang
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 28/08/2026 Jumlah Pelawat : 26954